08 December 2009

RAKAN KONGSI - HARIJADI DI HOSPITAL - SIRI 3

-
Selepas berhari raya Aidil Adha di hospital SMC pada 27hb November 2009 (cerita dalam siri 1), sekali lagi rakan kongsi aku merayakan hari ulang tahunnya yang ke 43 pada 07 Disember 2009 di hospital Likas. Setiap tahun anak-anak merayakan hari ulang-tahun orang tua mereka di rumah dengan menyediakan kad ucapan harijadi sehari sebelum hari jadi sebenar. Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi mereka berbaris hendak menyerahkan kad selamat harijadi kepada orang tuanya. Setiap anak-anak yang menyerahkan kad ucapan harijadi, rakan kongsi aku tidak melepaskan peluang memeluk mesra anak-anaknya. Sambil membuka dan membaca kad buatan sendiri, rakan kongsi akan memeluk anak-anaknya tanda terima kasih atas ingatan mereka.
-
Melihat telatah anak-anak itu, aku tersenyum terhibur dengan pelbagai telatah yang dipamerkan. Si Bungsu (anak bungsu) pun tidak ketinggalan membuat kad walaupun hasilnya tidak difahami. Lukisan yang biasa dilukis oleh si Bungsu hanyalah lukisan manusia berbentuk lidi.
-
Tapi senario kali ini berbeza. Anak-anak rakan kongsi seolah-olah lupa harijadi orang tua mereka. Atau mungkin juga tak terlekar sebarang idea di minda kerana masing-masing sugul mengenangkan orang tua mereka telah memberitahu terlebih dahulu bahawa mereka meraikan hari jadi kali ini di hospital.
-
Aku menghantarnya ke hospital waktu zohor bermula.
-
"Mau pigi mana lagi?", tanya si bungsu.
"Pi hospital", jawab rakan kongsi aku ringkas sambil memeluk si bungsu diikuti dengan anak-anaknya yang lain.
-
Sesampai di hospital kelihatan ramai sungguh pesakit yang menunggu giliran masuk bilik wad. Sementara menunggu giliran mereka masuk bilik wad, pesakit ditempatkan diluar bilik iaitu diruang laluan orang ramai.
-
"Hari ini wad semua penuh kerana ramai pesakit masuk wad", kata seorang jururawat bertugas.
-
Rakan kongsi aku ditempatkan di tingkat 4, Kenanga 3, bilik 15.
-
"Dulu ada seorang rakan sebilik bersama aku di bilik ini. Apa kabar dia?" rakan kongsi ku sempat bertanya pada jururawat bertugas.
-
"Dia baru meninggal dunia dua hari lalu", katanya jururawat itu.
-
Rakan kongsi aku terpaku terkejut. Sedih mengenangkan kembali pengalaman mereka dalam sebilik. Pelbagai gambaran yang berlegar di kepala rakan kongsi bila mengetahui rakan sebiliknya telah pergi buat selama-lamanya.
-
Sebenarnya aku dah tahu lebih awal tentang pemergian rakan sebilik rakan kongsi ku kerana suaminya sahabat aku sejemaah di masjid. Dan bukan seorang sahaja pesakit yang meninggal dunia baru-baru ini tetapi sudah tiga orang. Seorang dari Lahad Datu dan seorang dari Kuala Penyu dan yang terkini isteri kawan aku. Jenazah seorang lagi dimandikan di masjid tempat aku bersantai. Selesai dimandikan, aku turut mengangkat jenazah ke ruang solat utama untuk disolatkan. Berlinang lagi air mata ku. Aku tak tergamak memberitahu kepada rakan kongsi ku bahawa kamilah yang mengurus jenazah tersebut.
-
Aku bertambah gusar bila menerima beberapa berita yang disampaikan kepada aku. Aku dapat membayangkan nasib dan masa depan rakan kongsi ku yang mengalami penyakit yang sama. Hati bertambah sayu tapi aku terus memberi keyakinan kepada rakan kongsi ku supaya tabah. Masih ada Allah untuk tempat meminta bantuan.
-
"Allah Maha Penyembuh", kata ku memberi keyakianan kepadanya.
-
Bukan senang nak memberi keyakinan kepada pesakit yang disahkan doktor sebagai bertahap 'paliatif'. Terpaksa konsisten dengan pelbagai kata-kata positif dan terapi jiwa. Kawan-kawan di luar pun banyak memberikan kata-kata positif kepada rakan kongsi aku. Ada yang meminjamkan buku terapi dan pelbagai makanan tambahan secara percuma. Masih ramai lagi saudara-saudara ku, rakan-rakan, teman-teman di luar yang ringan tulang membantu. Hanya ucapan terima kasih sahaja dapat ku lafazkan kepada mereka bagi mewakili rakan kongsi ku yang terlantar di hospital. Doa mereka Allah makbulkan, insyaa Allah.
-

04 December 2009

RAKAN KONGSI - ALHAMDULILLAH RAMAI YANG MENOLONG - SIRI 2

-
Walau dalam kesedihan, aku tidak bersendirian rupanya. Aku bersyukur kepada Allah kerana aku dikelilingi oleh rakan yang ringan tulang membantu. Masing-masing mereka 'offer' pertolongan baik dalam bentuk perubatan, tunjuk ajar mahu pun dalam bentuk doa. Ramai yang bertanya keadaan kesihatan rakan kongsi ku. Mereka masing-masing membantu dengan cara sendiri. Mereka tidak putus-putus memanjatkan doa kepada Allah agar rakan kongsi ku cepat sembuh. Alhamdulillah... mereka semuanya sangat prihatin dengan keadaan rakan kongsi ku. Aku berterima kasih dengan mereka moga-moga doa mereka makbul.
-
Aku masih mengharapkan keajaiban berlaku kerana aku yakin Allah maha penyayang kepada umatnya yang memperhambakan diri mengabdi diri kepadaNya. Antara doa-doa yang dipanjatkan oleh rakan sekeliling ku, pastinya ada doa-doa mustajab dari mereka yang diterima Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu mana doa yang dipilihnya. Moga-moga para pendoa ini mendapat balasan yang baik dari Allah serta menerima doa-doa mereka sebagai amal ibadat.
-

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DI MASJID NEGERI SABAH YANG KE 4

-
Setelah hampir setahun kelas muqaddam dan Al-Quran bermula, akhirnya dua buah kelas akan bergabung mengadakan majlis khatam pada ketetapan berikut:

-
Tarikh : 17hb. Januari 2010 (Ahad)
Tempat : Masjid Negeri Sabah
Masa : 9.00 Pagi
-
Aturcara:

08.30 Pagi: Ketibaan peserta/pelajar dan keluarga
09.00 Pagi: Bacaan Doa
09.05 Pagi: Ucapan Pengerusi Penganjur
09.15 Pagi: Ucapan wakil pelajar
09.20 Pagi: Ucapan Tetamu Khas
09.45 Pagi: Ceramah Agama-Penceramah Khas.
10.30 Pagi: Majlis khatam dimulakan diikuti Majlis tahlil ringkas
11.10 Pagi: Penyampaian sijil khatam & penyertaan
11.20 Pagi: Jamuan Ringan
12.00THari: Solat zohor dan bersurai.
-
Jumlah peserta Masjid Negeri : 23 orang (Ketua: Cik Salindahwati binti Dayah)
Jumlah peserta Surau Taman Kemajuan Likas : 30 orang (Ketua: Puan Kasmah binti Hasbullah

Nota : Tarikh majlis khatam yang sepatutnya diadakan pada 5hb Disember 2009 ditunda ke 17.01.2010 atas permintaan majoriti pelajar.
-

RAKAN KONGSI - *'CORPEN' DI PAGI RAYA A'ADHA - SIRI 1

-
Aku masih menaruh harapan rakan kongsi ku akan sihat dan berfungsi semula di tengah-tengah masyarakat. Aku sedih bila doktor pakar kata:
-
"Penyakit Rakan kongsi awak ditahap terlambat dan tidak dapat disembuhkan lagi", kata doktor pakar.
-
Namun aku dan rakan kongsi terus mencari ubat alternatif sebagai sebahagian dari usaha terakhir mencuba membuktikan bahawa kata-kata doktor itu tidak semestinya tepat.
-
Beribu-ribu wang ringgit sudah dibelanjakan oleh rakan kongsi ku untuk membeli segala ubat yang boleh menyembuh termasuk berubat dengan menggunakan khidmat ustaz selama 40 kali. Rakan kongsiku dah berulang-kali masuk hospital Likas, SMC, hospital Refflesia dan klinik, untuk mendapatkan rawatan daripada pakar. Disamping tidak putus-putus mengadu kepada Allah serta memohon kesembuhan daripada Allah. Setiap kali selepas solat, aku menadah tangan memohon kepada Allah supaya rakan kongsi ini sembuh daripada penyakitnya.
-
"Ya Allah aku memohon kepada Mu agar dapat menyembuhkan penyakit yang dialami oleh Rakan Kongsi ku ............. sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh". Demikianlah bunyi doa ku setiap kali selepas solat dengan harapan Allah akan menyembuhkan penyakit rakan kongsi ku. Aku yakin Allah mendengar doa ku. Kekadang airmata bercucuran mengenangkan rakan kongsi ku sedang menghadapi saat-saat genting dalam hidupnya.
-
"Bersabarlah... dan teruskan berdoa, solat hajat serta membaca Al-Quran sebagai terapi hati yang lara", bisik ku cuba memberikan ketenangan kepada rakan kongsi ku. Pada masa aku cuba mententeramkan hati rakan kongsi ku, sebak di dada mulai terasa malah aku pula yang tak dapat menahan hiba. Aku terkenangkan semua kebaikannya terhadap ku selama ini. Pelbagai 'flash-back' bermain di minda ku menyebabkan airmata berlinang terutamanya bila rakan ini berada di hospital sendirian.
-
Paling menyedihkan ialah, dikala umat islam sedunia bergembira menyambut Aidil Adha pada 27.11.2009, rakan kongsi ku pula menyambut Aidil Adha di Hospital SMC. Pada pagi raya, selepas solat Aidil Adha di masjid, aku membawa anak-anaknya (empat semuanya) berhari raya di hospital SMC sambil membawa kueh raya dan minuman. Setibanya kami di SMC, kami naik di tingkat dua untuk masuk bilik nombor 209. Pak guard pula tidak membenarkan kami masuk dengan alasan bukan masa melawat.
-
"Kalau mau jumpa hanya seorang sahaja boleh masuk", katanya.
-
Aku sangat kecewa kerana saat meraikan Aidil Adha, Pak Guard pula tak bagi masuk sekadar nak bersalaman dengan anak-anaknya di pagi raya.
-
"Kenapa kalau kumpulan lain boleh masuk dan nyanyi-nyanyi dalam wad di luar waktu melawat dan kenapa cuti umum masa hari raya kami tak boleh masuk?", aku cuba-cuba mencabar pak guard.
-
Namun, aku tak berani bertindak keterlaluan kerana Pak Guard hanya menjalankan tugasnya. Aku menelefon rakan kongsi supaya keluar dari wad. Dalam keadaan sakit-sakit, rakan kongsi keluar dari wad berpakaian pesakit. Orang yang dipeluknya dulu ialah anak lelakinya yang bungsu baru berusia 5 tahun. Sekali lagi bercucuran airmata aku melihat pelukan erat dari orang tua kepada anaknya. 'Hujan lebat' membasahi pipi kesemua anak-anaknya. Aku tak akan membiarkan emosi berterusan lalu mengajak rakan kongsi turun berhari raya di kantin SMC.
-
Alhamdulillah, anak-anak turut bergembira berjumpa dengan orang tua mereka. Hilang sakit seketika. Setelah hampir setengah jam bersama, kami harus beredar segera kerana takut doktor mencari di wad. Kami pun beredar pulang dengan perasaan pilu dan sayu meraikan Aidil Adha di hospital SMC buat pertama kalinya.
-
*Nota: 'Coretan Pendek' (CORPEN) - DBP jangan marah.

25 November 2009

LAMBAI LIMBAI SECARA LANGSUNG DI TV.1

-

Siaran langsung satu jam di TV1 pada 24.11.2009 (Selasa) di Studio C, RTM Sabah dalam rancangan 'Lambai Limbai', sempena perayaan hari korban pada 2009.
-
Atas (dari kiri): Janis Abdullah (Masjid Negeri Sabah), Ust Sarip Adul (Pensyarah Universiti Malaysia Sabah), Sdr Suaran Shah (juruacara RTM).
-
Berikut adalah coretan peristiwa yang sempat dicatit.
-
1.30 PM
-
- Saya diperingatkan sekali lagi mengenai program Lambai Limbai di TV 1 samada dapat datang ke tidak. Saya jawab "saya on the way". Ditanya lagi "dekat Karamunsing ka?". Saya jawab ringkas "Ya" kerana sambil driving. RTM agak risau takut saya tidak datang atau ada hal dalam perjalanan. Begitu 'concern'nya penerbit program Lambai Limbai. Maklumlah siaran tersebut dibuat secara langsung. Kalau rakaman boleh tahan sikit tapi ini siaran secara langsung.
-
2.02 PM
-
- Saya tiba di perkarangan RTM Jalan Tuaran dan saya lihat penerbit, Sdr Ruskap Hj. Muaram, sudah bersedia menunggu di tempat parking kereta. Beliau menunjukkan saya tempat parking kereta. Lalu terus naik ke Tingkat 2, di studio C RTM. Saya terlupa catitan saya mengenai jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya oleh Sdr Suaran Shah. Kalau ada catitan, sekurang-kurangnya saya boleh baca sebelum sesi bermula. Saya lihat panel sahabat saya Ust Sarip Adul sudah siap di 'touch-up' malah siap dengan buku catatannya mengenai soalan yang bakal diutarakan. Kini tiba giliran saya untuk di 'Touch-up' pula. Touch-up tak lama iaitu kira-kira 5 minit sahaja. Sekadar menyapu muka daripada peluh dan sedikit warna muka supaya tidak kelihatan berminyak atau terlalu pucat disuluh oleh spotlight.
-
2.20 PM
-
- Duduk di kerusi depan 6 buah video kamera. Kira-kira lima orang krew (petugas) berada di studio C tidak termasuk krew-krew penerbit dan pembantu. Perbincangan dimulakan oleh Sdr Suaran dengan memberitahu panel (tetamu) mengenai overall set-up. Latihan simulasi bermula sebagai persediaan dan berakhir kira-kira 10 minit. Kerisauan yang amat sangat pada diri saya ialah 'batuk' saya belum pulih. Walaupun saya berkumur-kumur dengan ubat sebelum datang ke studio C tapi masih belum baik. Sesekali saya terbatuk kerana kerongkong gatal-gatal. Sebelum bertandang ke Studio C, saya sempat minum air dan masuk ke bilik air sebagai persediaan awal. Namun bibir dan tekak saya agak kering sehinggakan sukar mengeluarkan suara halus (tidak garau). Lampu spotlight yang sangat terang dan panas mempercepatkan lagi kekeringan tekak.
-
3.00 PM
-
- Program dimulakan. Soalan pertama diajukan kepada saya dijawab dengan nada tersekat kerana kerongkong masih gatal-gatal. Alhamdulillah, kerongkong yang gatal tidak terlalu teruk mengganggu suara saya. Dalam masa sejam program itu berjalan, tidak terlalu tension kerana lebih banyak berehat dari bercakap jadi banyak ruang masa untuk berbincang 'what to do next'. Masa rehat diselitkan dengan iklan dan lintas langsung dengan Wan Kamaruddin, Timbalan ketua rombongan haji yang sedang berada di Mekah. Saya patuh kepada arahan Saudara Suaran terutamanya masa yang diperuntukkan untuk menjawab mestilah tidak terlalu lama iaitu satu hingga 2 minit sahaja dan tidak boleh lebih. Kalau tidak maka masa siaran langsung akan terganggu dari segi timing. So saya akur dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Sepatutnya ada enam soalan yang perlu dijawab tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan maka hanya empat soalan sahaja ditanya kepada setiap tetamu. Sebagai tetamu... saya merasa lega kerana jumlah soalan dikurangkan. Jadi...taklah tension sangat.
-
3.55 PM
-
Selesai program diikuti dengan lagu 'jannah'. Kami pun dibawa ketingkat 3 bangunan RTM untuk minum petang sambil bersembang dengan krew-krew yang terlibat. Turut hadir ialah Pemangku Pengarah RTM Kota Kinabalu. Sebelum balik... kami sempat solat asar berjemaah di surau RTM.
-
Demikianlah sedikit coretan pengalaman menjadi tetamu secara live (siaran langsung) di TV.
-

23 November 2009

SIARAN LANGSUNG RANCANGAN LAMBAI LIMBAI DI TV 1

-
Hari ini, 23 November 2009, ada undangan dari Pengawal TV.1 sebagai tetamu siaran langsung rancangan Lambai Limbai di TV 1.
Berikut adalah detail mengenai rancangan ini:
-
Tajuk:
-
Semarak Ibadah Korban
(Sempena Hari Raya Aidil Adha 1430H/2009M)
-
Tarikh:
24 November 2009
-
Masa :
3.00 Petang - 4.00 petang
-
Tempat:
Studio C RTM
Kota Kinabalu
-
Pengacara:
Suaran Shah
-

22 November 2009

SEORANG LAGI HAMBA ALLAH MEMELUK ISLAM

-
Kota Kinabalu:-
-
Seorang lagi anak dusun memeluk agama Islam. Beliau bernama Ignattius John dari Kg Patau Tambunan. Beliau memilih nama Islamnya Yusrizal. Nama ini sinonim dengan nama timangannya di kampung iaitu 'Yiyus'. Beliau telah memeluk Islam di Masjid Negeri Sabah dibawah bimbingan Janis Abdullah pada 01.11.2009.
-
Seperti juga saudara baru yang lain, sebelum memeluk Islam, beliau ditanya dengan soalan sebagai pengakuan ikhlas beliau iaitu samada terdapat unsur-unsur paksaan maka beliau memeluk Islam dan beliau menjawab dengan yakin bahawa tiada sesiapa yang memaksa beliau masuk Islam.
-
Seterusnya tazkirah 20 minit diberikan sebagai peringatan beliau sebelum memeluk Islam. Beliau diperkenalkan dengan 'basic' Islam seperti Fardu Ain dan Fardu Kifayah serta keindahan Islam. Beliau juga diperkenalkan dengan sedikit perbandingan agama agar beliau tidak keliru dengan pegangan agama Islam.
-

-
Atas: Saudara Ignattius John (berbaju hitam) mendengar sedikit tazkirah mengenai keindahan Islam sebelum mengucap dua kalimah syahadat sebagai ikatan beliau kepada Islam.

Atas: Kelihatan Janis Abdullah memberi tazkirah kepada saudara baru bernama Ignattius John disaksikan oleh beberapa pelajar Muqaddam dan Al-Quran di Masjid Negeri Sabah
-
Atas: Para hadirin yang turut menghadiri majlis pengislaman itu sedang mendengar tazkirah sebelum pengislaman dibuat.
-
Atas: "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah". Saudara baru, Ignattius John @ Yusrizal sedang mengucap kalimah syahadat di hadapan puluhan saksi.
-
Atas: Masuk Islam sebenarnya bukan mudah kerana sebelum memeluk Islam, perlu ditanya samada seseorang yang memeluk Islam itu dipaksa atau pun tidak. Dalam Islam...tiada paksaan memeluk Islam. Tetapi apabila seseorang masuk Islam, beliau terikat dengan Islam dan pegangan Islam sehingga akhir hayat.
-
Atas: Kenapa perlu saya masuk Islam? Jawapan: Islam mengajar umatnya mengesakan Allah, mengajar umat supaya menjadi manusia yang baik samada di dunia dan di akhirat.
-
Atas: Ignattius asyik mendengar mengenai Islam sebelum memeluk agama Islam.
-
Allah SWT telah memilih Ignattius @Yusrizal untuk memeluk agama Islam. Ramai lagi yang berada di luar sana yang belum dipilih oleh Allah untuk memeluk Islam walaupun penerangan demi penerangan mengenai keindahan Islam bertubi-tubi disampaikan kepada mereka. Sebab utama mereka belum terbuka hati memeluk Islam kerana Allah belum izinkan mereka masuk Islam.
-

19 November 2009

RAMAI UMAT ISLAM TIDAK PANDAI MENGGUNAKAN TANDAS MASJID

-
Di mana-mana masjid saya berkunjung, saya mengambil kesempatan melawat tandas atau bilik air. Sangat menyedihkan sekali, masih ramai umat Islam yang tidak tahu menggunakan tandas dan bilik air masjid-masjid dan surau. Sering diperingatkan bahawa surau atau masjid adalah milik bersama dan semestinyalah bersama-sama menjaga kebersihan tandas dan bilik air.
-
Tazkirah demi tazkirah di sampaikankan tapi masih ramai yang menutup mata, menutup telinga tidak mendengar seruan para ustaz, para penceramah dan para akademik. Peringatan demi peringatan diberikan mengenai kebersihan tandas dan bilik air tapi masih juga tidak berkesan. "Kebersihan itu sebahagian daripada iman". Kata-kata ini hanya tinggal ungkapan tetapi tidak dipraktikkan oleh kebanyakan umat Islam. Mengikut kajian rambang saya pelbagai pihak perlu terlibat sama menangani masalah ini seperti berikut:
-
Institusi Agama:
-
Bermula daripada pembenaan masjid, pemilihan jenis 'tiles' kebanyakkannya tidak sesuai. Ada tiles yang licin dan sangat bahaya kepada pengunjung terutamanya bila basah. Ini sering berlaku di masjid-masjid besar yang menyaksikan ramai pengunjung tergelincir di bilik wudu dan tandas. Malah ada yang baru keluar dari hospital kerana sakit, ingin solat tetapi terjatuh tergelincir di masjid yang lantainya licin. Akibatnya, beliau tidak dapat mengerjakan solat kerana kakinya terseliuh. Ada tiles yang kasar tetapi sukar dibersihkan. Terpaksa menggunakan 'pressure pump' untuk mencuci dan menyembur. Kalau mesin penyembur itu rosak maka lantai akan terus kotor.
-
Pemasangan alat-alat yang tidak berkualiti juga menjadi faktor kerosakan alat-alat tandas. Ada kepala paip yang cepat rosak, tercabut dan pecah. Kontraktor yang memasang peralatan tandas itu tidak dipantau dengan rapi. Mereka memantau kerja-kerja kontraktor pembenaan secara 'remote control' dari jauh. Akibatnya peralatan yang berkualiti 'inferior' akan berlaku. Lantai juga tidak rata menyebabkan air dan kekotoran bertakung. Apabila kurang pemantauan, maka kontraktor menyiapkan kerja-kerja mereka sekadar melepaskan batuk di tangga.
-
Pihak Pentadbir masjid/Surau:
-
Pentadbir masjid/Surau juga tidak serius menjaga pekerja yang membersih tandas dan bilik air atau tempat berwudhu. Masalah ini wujud kerana pemantau tandas tidak selalu melawat dan menilai tandas. Sistem pemantauan sangat lemah menyebabkan pembersih tidak kerap membuat pembersihan. Petugas yang ditugaskan tidak membersih secara berterusan. Kadang-kadang dicuci hanya sekali setiap hari. Cara mencuci juga tidak bersistem. Alat pencuci kemungkinan tidak bukan sahaja tidak cukup tetapi juga tidak sesuai.
-
Pihak Pengguna tandas:
-
Bagaimanpun canggih peralatan tandas, jika pengguna tidak tahu mengguna dengan bijak maka peralatan tersebut akan rosak. Pengguna juga masuk tandas tanpa membuka kasut atau selipar. Selipar yang tandas pun boleh hilang dalam masa sehari. Yang menyakitkan mata memandang, orang dewasa yang berjemaah di masjid pun curi-curi pakai kasut masuk tandas. Biasanya ini berlaku jika tandas itu tiada pengguna lain atau tiada penjaga. Bila ditegur, pengguna itu akan marah-marah dan kadang-kadang berakhir dengan pertangkaran. Pembersih tandas merasa berang kerana mereka bertungkus-lumus membersih tandas tetapi pengguna mengotorkannya dengan sewenang-wenangnya.
-
Lebih teruk dari itu, ada pengguna tandas yang mandi di bilik air serta menaburkan tisu atau kertas pembalut sabun di dalam tandas. Bayangkan pengguna tandas masuk tandas dan merokok didalam dan abu rokok bertaburan mengotorkan tandas. Akibatnya tandas akan tersumbat. Bila tandas dibaiki, terdapat banyak pontong rokok, kotak rokok serta plastik pembalut kotak rokok yang menjadikan tandas tersumbat.
-
Ada juga pengguna yang membuang najis tanpa mencuci lubang tandas tersebut. Kalau pun 'flush' digunakan, mereka menarik tali 'flush' dengan kuat sehinggakan patah dan tidak lagi berfungsi. Alat-alat yang dipasang dalam tandas juga kerap hilang malah hos plastik pun lesap oleh tangan-tangan pengguna yang tidak berhati-perut.
-
Terdapat juga pengguna tandas masjid yang mencuci najis anak-anak mereka ditandas dan 'pampers' yang berisi najis busuk dibuang dalam tong sampah masjid. Bila malam, anjing masuk tandas dan membongkar pampers itu dan sekali lagi najis kanak-kanak tadi akan bertaburan dilantai diwaktu pagi. Bila pelawat lain berkunjung ke tandas, merek akan terus mengutuk pengurusan masjid setelah melihat 'tahi' yang bertaburan di lantai. Ibubapa singgah di masjid semata-mata 'menyimpan' najis anak mereka di tandas masjid!.
-
Kesimpulannya:
-
Masih ramai umat Islam yang tidak pandai menjaga kebersihan tandas awam dan tandas masjid-masjid serta surau-surau. Mereka ini tidak dididik dari rumah menyebabkan perangai buruk mereka terbawa-bawa hingga ke masjid. Pekerja pula, bukanlah terlatih dalam penjagaan kebersihan tandas.
-
Pihak Institusi Agama pula perlu memantau kerja-kerja kontraktor dengan ketatnya kerana kita tidak ingin melihat pengguna menggunakan saluran undang-undang menyaman Institusi berkenan kerana 'negligence' dalam pembenaan masjid yang tidak mengikut piawaian serta tidak memenuhi 'Health Safety and Envirnoment' (HSE).
-
Saya masih ingat sewaktu saya melangkah sekolah 'mission' dalam 'bridge class', seorang guru ditugaskan mengajar kami (pelajar baru) bagaimana menggunakan tandas dengan sebaik-baiknya. Mungkin ada komen mengatakan "Oh it dulu" atau "Itu untuk orang kampung", dan sebagainya tetapi percayalah, sehingga sekarang peristiwa tahun 1970 itu saya ingat sebagai pendidikan awal mengenai kebersihan tandas. Memori negatif saya merakamkan peristiwa pada Disember 1971 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, rombongan seramai 17 orang telah singgah di Tapah Perak untuk membuang air kecil di tandas awam. Saya terkejut melihat najis bergelimpangan di sekeliling tandas awam tersebut sehinggakan saya tidak jadi membuang air kecil kerana setiap kawasan yang saya pijak terdapat najis sana-sini. Peristiwa ini telah berlalu lebih 40 tahun yang lalu tetapi susah dipadam dalam memori.
-
Kita lupakan kesah di Tapah dan kembali ke sekolah awal saya iaitu sekolah 'mission'. Pendidikan awal itu saya masih amalkan sehingga sekarang dan telah pun menjadi 'rutin' kerja saya semasa saya berkhidmat di syarikat korporat selama 20 tahun. Setiap kali saya membuat lawatan-kerja, maka tempat yang saya mula-mula lawati ialah tandas sehinggakan saya digelar 'Eksekutif Tandas'. Hari ini, pendidikan awal di sekolah tidak lagi dibuat di sekolah-sekolah menengah kerana sikap 'taking for granted' sehinggakan pelajar tidak prihatin dengan penggunaan tandas dengan baik. Bila anak-anak ini meningkat dewasa dan menjadi ibubapa, mereka juga tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.
-
Penceramah agama, Ketua Pentadbir, Pengurus, Ibubapa dan orang awam jangan hanya pandai cakap sahaja "kebersihan itu sebahagian daripada iman" tetapi tiada praktikal. Kebersihan yang macam mana?. Tidak salah kalau semua pihak mengadakan atau mengikuti kursus 'kebersihan menyeluruh' kalau benar ingin diiktiraf sebagai beriman. Saya pun ingin mendaftar sebagai peserta.
-

13 November 2009

TIPS RINGKAS KEYAKINAN DIRI

-
Sekadar ingatan bagi yang sudah mulai hilang motivasi. Tips ringkas ini tidak semestinya sesuai kepada semua orang kerana lain orang lain cara motivasinya. Dan bukan semua fakta ini boleh dijadikan sebagai tips yang berkesan. Bagi saya tip yang ke empat masih releven sehingga bila-bila masa.
-
1. Sentiasa bergaul dengan orang-orang matang.
-
2. Catit atau rekod kejayaan lampau untuk dilihat semula. Kalau boleh ulangi semula kejayaan itu dengan mempertingkatkan kualiti pencapaian.
-
3. Lekaran skrip lama dalam minda yang negatif perlu dibuang seperti kata-kata 'saya tak boleh buat', 'saya malas', 'saya tak tahu' dan sebagainya. Skrip negatif ini perlu dibuang dan diganti dengan skrip positif.
-
4. Cari ilmu sebanyak mungkin. Tanya kawan, tanya cikgu, tanya pakar, tanya orang yang berpengalaman, ikuti kursus dan belajar semula.
-

07 November 2009

CONDOLENCE TO THE FAMILY OF THE DEAD

-
-
This is a sad news as acknowledged by the The US President. One important lesson that Barack Obama must remember is he won the election because the people of US want the entire US army to be pulled out from Afganistan and Iraq. Barack did not honour his pleadge as promised. Can you imagine a President with his broken promise!. It is pity for the family of the dead victims. Condolence to all victim family especilly to the family of the deceased.
-

06 November 2009

US - BREAKING NEWS

-

-
Sekurang-kurangnya tujuh orang mati dan 20 orang cedera apabila berlaku tembak-menembak di pangkalan tentera US di Texas, demikian menurut pegawai tentera. Seorang jurucakap tentera di Washington, Lieutenant Colonel Nathan Banks, menyatakan dua insiden tembakan berlaku di pangkalan. Pertama, berlaku di pejabat memproses ubatan dan kedua di 'theatre'.
-
Komen: Al-Jazeera tidak pula menyatakan punca insiden itu berlaku. Apakah kerana terlalu tertekan dengan suasana kerja ataub balas dendam... masih tidak diketahui. Yang pastinya...inilah salah satu balasan Allah kepada manusia yang menyerang negara lain tanpa perikemanusiaan. Rakyat sendiri berbunuhan sesama sendiri!.
-
"Oh ye who believe!, remain steadfast for Allah, bearing witness to justice. Donot allow your hatred for others make you swerve to wrongdoing and turn you away from justice. Be just..that is closer to true piety. (Quran Al-Maidah 5:8)
-

27 October 2009

PHOTO TERKINI MEKAH

-
-
Ini adalah photo terkini Mekah yang sedang diperbesarkan. Keadaan di Mekah sekarang sedikit berhabuk kerana kepesatan pengubah-suaian terutamanya pembesaran. Moga-moga rezki bertambah dapat juga berkunjung Mekah.
-

25 October 2009

SULTAN MIZAN

- DYMM Sultan Mizan, People at heart
-
Born :
22 January 1962 (1962-01-22) (age 47)
-
Reign:
13 December 2006 – present
-
Spouse :
Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
-
Father:
Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
-
Mother :
Sharifa Nong Fatima binti Sayyid Abdullah, Tengku Besar Terengganu
-

19 October 2009

LAGU GAZA

-
WE WILL NOT GO DOWN
-
(Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart) Copyright 2009
-
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
-
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
-
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
-
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
-
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
-
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
-